KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha memperkukuhkan pelbagai kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan kerjasama strategik itu melibatkan pembangunan sektor komunikasi, media kreatif dan agenda digital negara yang lebih inklusif.
“Pertemuan santai namun bermakna malam ini bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Sri Gaya.
“Kami berbincang mengenai pelbagai usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Komunikasi khususnya dalam pembangunan sektor komunikasi, media kreatif dan agenda digital negara yang lebih inklusif.
Jelas Hajiji, dengan sokongan Kerajaan Persekutuan, Sabah akan terus mengangkat potensi Sabah dalam industri kreatif dan digital ke tahap yang lebih tinggi.
Hadir bersama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac.



