Hishammuddin Ingatkan Ketua Perwakilan Agar Pelihara Nama Baik Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan 19 orang Ketua Perwakilan yang baharu dilantik agar memelihara nama baik Malaysia kerana mereka dilantik oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong.

Katanya lagi, pelantikan mereka sebagai Ketua Perwakilan adalah satu amanah besar yang perlu dijaga.

“Saya telah bekerja bersama mereka lebih setahun di Wisma Putra dan akui masing-masing layak menggalas tanggungjawab ini.

“Namun saya ingatkan, yang melantik mereka bukan Menteri Luar tetapi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong. Ia satu amanah besar.

“Titah utama Baginda agar setiap Ketua Perwakilan memelihara nama baik Malaysia, memperkukuh hubungan diplomatik serta memastikan kesejahteraan rakyat Baginda di seluruh dunia mesti dijunjung sepenuh hati.” kata Hishammuddin ketika mengadakan sidang maya bersama 19 Ketua Perwakilan Malaysia yang baharu, sebentar tadi.

Ujar Hishammuddin lagi, Ketua Perwakilan Malaysia perlu memainkan peranan tambahan di era pandemik Covid-19 ini.

Mereka perlu memainkan peranan untuk menjelaskan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan di sana tentang Pelan Pemulihan Negara, Program Imunisasi Covid-19,  dan fokus kerajaan terhadap Greater Klang Valley Task Force.

“Di era pandemik #COVID19 ini, mereka juga mesti memainkan peranan tambahan dengan menjelaskan dari masa ke masa kepada Kerajaan di sana tentang Pelan Pemulihan Negara, kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat ini serta fokus Kerajaan terhadap Greater Klang Valley Task Force bagi menangani penularan khususnya di Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ia penting bagi membolehkan Malaysia dan rakan-rakan negara sentiasa saling bertukar pandangan tentang kaedah terbaik dalam memerangi wabak ini.

“Saya doakan semoga semua dapat menjalankan tugas sebaiknya seterusnya memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di serata dunia – all the best everyone! “. Katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat