Jadi Kegilaan Netizen, Ini Resipi Mudah Dan Sedap ‘Korean Garlic Cheese Bread’ Untuk Anda Cuba

- Advertisement -

Setiap kali resipi viral muncul di media sosial, pasti ramai yang ingin mencuba. Almaklumlah tidak ingin terlepas ‘hype’ nikmati makanan yang jadi buah mulut netizen.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mis Fiona Azua telah berkongsi resipi Korean Garlic Cheese Bread yang pasti memukau selera anda. Ayuh ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

114541470_3058937630810494_7349103031932510421_o

Bahan untuk roti

4 biji roti burger dibelah jangan sampai putus.

Bahan untuk cream cheese

Bahan: seketul cream cheese, 4 sudu besar gula dan 50ml susu cair.

Cara penyediaan: masukkan kesemua bahan cream cheese dan gaul sehingga jadi keju seperti buat kek. Kemudian, letakkan di tepi dahulu.

115875304_3058937897477134_3358365055826342453_o

115913515_3058938460810411_5537139803670353327_o

110160396_3058937710810486_8602386535723046273_o

Bahan untuk buat garlic

Bahan: butter garlic dan 2 biji telur.

Cara penyediaan: Cairkan butter garlic sebanyak 3 sudu besar. Selepas cair, biarkan sejuk seketika.

Cara-cara penyediaan

1. Ambil roti tadi dan letakkan cream cheese pada bahagian tengah yang telah dipotong tadi.

2. Kemudian, celupkan roti ke dalam telur yang kita campurkan dengan garlic tadi.

115848887_3058937527477171_5253447824123822061_o

3. letakkan atas bekas oven dan bakar dengan guna suhu 170C selama 15 hingga 20 minit dan siap.

Mudah sahaja untuk buat roti viral ini. Tunggu apa lagi? Anda pun boleh buat sendiri di rumah.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat