Peniaga Nasi Kandar ‘Gelang Pink’ Ditahan

- Advertisement -

JITRA – Seorang peniaga restoran nasi kandar di pekan Napoh ditahan kerana ingkar syarat kuarantin di rumahnya di sini hari ini.

Menurut sumber, peniaga terbabit baru pulang dari India pada 13 Julai lalu dan perlu menjalani kuarantin dua minggu di rumah.

“Keputusan saringan Covid-19 yang pertama negatif dan dia perlu melakukan saringan kedua minggu depan,” kata sumber.

Tindakan lelaki itu menyebabkan dia dikompaun RM1,000 dan diarahkan menjalani kuarantin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim mengesahkan tangkapan tersebut.

“Pihak polis yang menerima laporan daripada penduduk sekitar berjaya menahannya di kedai itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Ketika disoal lelaki terbabit mendakwa dia berada di situ untuk memantau perniagaannya pada hari ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat