Warisan Guna Drone Intip Pergerakan ADUN – Jeffrey

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa ‘menyembunyikan’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka agar tidak meninggalkan parti itu di sebalik kehangatan spekulasi pertukaran kerajaan bakal berlaku di Sabah.

Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, daripada apa yang diketahui, Warisan kini mengawal dengan teliti wakil rakyat mereka.

“Kami bahkan telah melihat drone diterbang ke rumah beberapa pemimpin untuk mengintip siapa yang datang dan pergi,” dakwanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam, kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan dilaporkan bakal tumbang apabila beberapa wakil rakyatnya dikatakan akan keluar parti.

Bagaimanapun, sebagai langkah meredakan spekulasi itu, beberapa ADUN parti kerajaan tampil menafikan spekulasi berkenaan.

Sementara itu, Jeffrey yang juga ADUN Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau seterusnya meminta pemimpin Warisan dan DAP berhenti menuduh pemimpin pembangkang terutama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sebagai cuba ‘memikat’ wakil rakyat mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat