KUALA LUMPUR – Pelancaran MEASAT-3d, akan melengkapkan lagi pelaksanaan Pelan Digital Negara (My Digital) dan Jaringan Digital Negara (JENDELA),” kata Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, satelit ini berkemampuan memberikan perkhidmatan Jalur Lebar Satelit berkelajuan tinggi sehingga 100 mbps berbanding sekarang yang hanya di bawah 5 mbps.

Malah ujar Annuar, ia juga memungkinkan kita menyediakan ketersambungan perkhidmatan internet ke semua kawasan berpenduduk, khususnya di pedalaman dan luar bandar.

“Alhamdulillah, Satelit MEASAT-3d telah selamat dilancarkan sebentar tadi di Kouru, French Guyana.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , dan juga menteri-menteri Kabinet yang hadir bersama sejak jam 4 pagi sewaktu siaran langsung pelancaran di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur.

“Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan pelancaran MEASAT-3d ini dan tahniah Malaysia,” ucap Annuar.