Lantik Menteri Dari UMNO Ganti Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Lebih baik Perdana Menteri lantik menteri dari UMNO menggantikan posisi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang diisi Datuk Zuraida Kamaruddin bagi menstabilkan Kabinet kerajaan sedia ada.

Cadangan itu diusulkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Hal ini kata beliau, sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin lantik anggota Kabinetnya, beliau tidak peduli pun hierarki dalam UMNO.

“Dia lantik ikut suka hatinya. Tidak berjawatan dalam MKT UMNO pun dapat jawatan Menteri.

“Bahkan UMNO digambarkan tamak dan pentingkan jawatan dan tidak prihatin rakyat yang ketika itu berhadapan dengan ancaman COVID-19. Sekarang apa jadi? soal beliau yang juga Speaker DUN Johor.

Kata Puad kenapa sekarang Bersatu tidak segan menuntut kedudukan itu buat parti mereka?

“Kenapa terhegeh hegeh, hidung tak mancung, pipi tersorong sorong mahu jumpa Perdana Menteri untuk menuntut kerusi Menteri yang dikosongkan oleh Zuraida?

“Sekarang tidak nampakkah rakyat juga susah dan kerajaan sibuk memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat,” tegas Puad.

Setelah Zuraida mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), Presiden Bersatu, Muhyiddin mengulangi pendirian bahawa kerusi menteri yang dipegang oleh Zuraida adalah kuota parti itu.

Menurut beliau, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet sebelum ini juga adalah atas kapasiti parti pimpinannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat