MOU CIDB Dengan Badan Professional UK Bantu Meningkatkan Professional Personnel Pembinaan Di Malaysia

- Advertisement -

LONDON – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Chartered Institute of Building (CIOB), di sini pada hari ini. MoU tersebut merupakan sebahagian daripada usaha CIDB bagi mempertingkatkan amalan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan di Malaysia.CIOB merupakan badan profesional terbesar dan berpengaruh di dunia dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pembinaan.

CIDB mempunyai Piagam Diraja untuk mempromosikan sains dan amalan pembinaan untuk kebaikan masyarakat sejak tahun 1834. Ahli CIOB bekerja di serata dunia dalam bahagian pembangunan, pemuliharaan dan penambahbaikan alam bina.

Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua
Eksekutif CIDB, menandatangani MoU ini bagi pihak CIDB, manakala Caroline
Gumble, Ketua Pegawai Eksekutif CIOB, menandatangani bagi pihak CIOB.

Hadir pada majis tersebut ialah Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri
Kerja Raya dan Ir. Yusuf Abd. Wahab,
Pengerusi CIDB. Turut hadir pada majlis
tersebut ialah Amy Gough, Pengarah Keahlian CIOB, yang juga menjadi saksi penandatanganan tersebut.

MoU ini menggariskan kerjasama antara CIDB dan CIOB untuk menggalakkan peningkatan pengurusan pembinaan dan pengurusan projek, teknologi pembinaan, dan kelestarian alam sekitar dalam industri pembinaan. Usaha ini akan dilaksanakan melalui pertukaran maklumat dan penyelidikan di antara kedua-dua pihak.

“MoU ini merupakan satu lagi langkah
dalam perkembangan berterusan industri
pembinaan Malaysia dan ia selari dengan aspirasi Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP2030), yang dikemukakan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk menerajui sektor pembinaan Malaysia memasuki era digital”, kata Datuk Arthur Joseph Kurup ketika ucapannya di majlis menandatangani MoU itu.

“Perjanjian ini mengukuhkan lagi sokongan CIOB kepada komuniti professional
pembinaan antarabangsa dan memantapkan hubungan kami dengan CIDB Malaysia, dimana kita mempunyai wawasan yang sama, iaitu untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk industri kita. Kami berharap akan dapat terus menjalankan kerjasama untuk berkongsi amalan terbaik daripada budaya masing masing untuk memacu kecemerlangan dan keprofesionalan alam bina di Malaysia, UK dan di peringkat global”, kata Caroline Gumble.

“MoU yang ditandatangani hari ini, juga bertujuan mewujudkan platform kerjasama
melalui pertukaran maklumat dan pengetahuan, selari dengan peranan CIDB dalam membangunkan industri pembinaan Malaysia. Usaha pembangunan modal insan ini bukan sahaja penting di Malaysia dan UK, malah bagi semua golongan
profesional pembinaan di seluruh dunia untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran yang mencabar” kata Ir Yusuf Abd. Wahab.

Kerjasama antara CIDB dan CIOB bertujuan
untuk meningkatkan profil dan pengiktirafan pengurusan profesional dalam industri pembinaan melalui pengikitirafan yang lebih luas terhadap pensijilan dan pentauliahan bagi pengurus projek dan pengurus pembinaan di
Malaysia. Pengiktirafan ini akan bantu wujudkan tenaga kerja yang tersedia ada untuk masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat