Agong selamat jalani prosedur intervensi sendi buku lali, lutut kini dalam pengawasan pakar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah selamat menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut Baginda pada Isnin lalu (20 Jun 2022).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

“Ekoran daripada prosedur intervensi tersebut, Seri Paduka Baginda telah selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara pada hujung minggu in setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut,” katanya dalam kenyataan Istana Negara pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut beliau, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat