Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

- Advertisement -

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, K Kumaresa, 60, ditemui terbaring berlumuran darah pada bahagian muka, dipercayai akibat terkena besi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata besi itu dipercayai terpelanting selepas tayar kren yang diganti mangsa, meletup secara tiba-tiba.

“Kejadian disaksikan pemandu kren yang juga pelanggan pusat servis tayar terbabit.

“Letupan itu menyebabkan besi tayar berkenaan terpelanting ke arah mangsa, menyebabkan mukanya pecah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan yang hadir ke situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) akibat kemalangan ketika bekerja.

– New Straits Times

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat