SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai wakil mereka adalah kerana tidak mahu dipergunakan oleh pihak lain untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Seorang Ahli Parlimen UMNO mengesahkan kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz mengenai Akuan Bersumpah tersebut tetapi menyatakan angka sebenar termasuk komponen BN lain ialah 29 orang.

Ahli Parlimen UMNO yang mahu kekal ketanpanamaan (anonymous) berkata, majoriti Ahli Parlimen BN berbincang mengenai pertemuan Presiden UMNO dengan YDP Agong.

“Kami merasa bimbang kemungkinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan membawa surat  menyatakan sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada Anwar Ibrahim ketika menghadap YDP Agong.”

“Dalam SD tersebut antara lain kami memberi mandat kepada Datuk Hisham mewakili kami sekiranya berlaku lagi krisis kepimpinan negara. Datuk Hisham diberi mandat menyatakan pendirian kami tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebarang kerjasama dengan DAP. ”

Ahli Parlimen terbabit juga menolak dakwaan bahawa SD tersebut menyatakan sokongan untuk Hishammudin menjadi Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.

Ditanya mengapa perlu SD sedemikian, Ahli Parlimen tersebut menjawab secara sinis, “kami sudah kena jual pada Oktober 2020, takkan hendak kena jual lagi?”

Walaupun enggan mengulas lanjut, komen ini dipercayai merujuk kepada dakwaan Ahmad Zahid menghantar surat kepada YDP Agong pada tahun lalu menyatakan sokongan UMNO kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Krisis kepercayaan terhadap Zahid juga memuncak apabila keluar rakaman suara antara beliau dengar Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang lalu. Dalam rakaman tersebut suara menyerupai Zahid dengan jelas memberi jaminan kepada Anwar bahawa usul No Anwar dan No DAP hanyalah “tactical move”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat