Cari pelabur lain yang tiada kaitan dengan pro-Israel- KJ beritahu Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar mencari pelabur lain yang jelas tiada kaitan dengan syarikat pro-Israel untuk pemilikan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia supaya mendapatkan suntikan dana yang tidak tercemar dengan penglibatan bersama dengan regim Israel.

Khairy berkata demikian merujuk kenyataan Anwar yang berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas dan dakwaan yang dibangkitkan pembangkang hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Ini seolah-olah tidak mengambil serius tuduhan tersebut, Anwar kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sengaja bangkitkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat, kesian juga Wan Fayhsal sebab dalam kes ini dia ada point.

“Sama ada kamu setuju atau tidak Wan Ahmad Fayhsal bukan nak menghasut rakyat, dia tanya benda yang serius dan seolah-olah jawapan PM itu meremehkan apa yang dibangkitkan oleh Wan Ahmad Fayhsal dan saya tak kata PM nafikan tapi PM kata ini sengaja bangkitkan untuk bagi rakyat marah,” kata Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Beliau menjelaskan perkaitan dakwaan itu bahawa pembelian saham MAHB oleh konsortium, yakni konsortium ini terdiri daripada bukan hanya Khazanah, bukan hanya KWSP, bukan hanya Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) tetapi juga Global Infrastructure Partners (GIP), salah satu pelabur infrastruktur terkemuka sedunia dengan pengalaman memiliki serta menguruskan lapangan terbang.

“GIP beberapa bulan lepas dibeli oleh BlackRock sebuah syarikat pengurusan dana antara yang paling besar di dunia 100 peratus dan BlackRock telah pun menjadi sasaran kumpulan pelobi boikot Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) yang mengesahkan dan tidak pun dinafikan oleh BlackRock bahawa mereka melabur dan memegang saham dalam syarikat-syarikat pembekal senjata dan juga pembekal peralatan tentera kepada regim Tel Aviv antara syarikat-syarikat yang sebelum ini orang yang cakap sewaktu defence Asia sepatutnya kita jangan terima kehadiran mereka.

“Jadi BlackRock bukan hanya hadir bersama dengan syarikat-syarikat ini tetapi adalah pelabur dalam syarikat-syarikat tersebut.

“Jadi kaitannya jelas tak boleh kata ini adalah tuduhan,” jelas Khairy.

Maka kata beliau, soalannya ialah sama ada kita boleh terima ke tidak?

“Itu sahaja tapi jangan nak kata benda itu tidak wujud… the link is there.

“Daripada MAHB kepada Khazanah, KWSP konsortium dengan GIP, GIP dengan BlackRock dan BlackRock dengan Israel, link is there.

“Tak ada siapa yang boleh nafikan perkara ini. Di media sosial ada usaha yang gigih daripada beberapa penyokong kerajaan di media sosial kata BlackRock juga merupakan pelabur dalam beberapa syarikat yang kita guna setiap hari Microsoft dan juga syarikat-syarikat teknologi lain, syarikat yang sudah pun bertahun berada di Malaysia, sudah bertahun-tahun melabur di Malaysia.

“Mereka juga menyatakan bahawa dulu ada usaha daripada pihak KWSP untuk mewujudkan satu dana bersama dengan BlackRock,” katanya.

Tetapi tegas Khairy, persoalan utama sekarang adalah pengumuman baru dalam keadaan genosid di Palestin.

“Sama ada kita boleh terima pengumuman satu pembelian konsortium baru yang melibatkan BlackRock dalam keadaan berlakunya genosid hari ini?

“Ya sudah tentu penindasan terhadap orang Palestin dah berpuluhan tahun tetapi genosid inilah yang paling teruk dalam lifetime kita, ini isu timing.

“Kalau dulu ya kita tak boleh pisahkan pelabur ini dengan syarikat ini mungkin ada kaitan dengan perdagangan dengan Israel dan sebagainya, tetapi dalam kes ini adalah pengumuman satu syarikat di mana kita berada di zaman genosid dan di mana kita sokong habis BDS, kita sokong habis Palestin, rakyat kita sokong boikot BDS tetapi akhirnya kita tengok benda ini kita kata tak payahlah sebab dah lama melabur dalam syarikat lain, dulu pun ada pelaburan bersama dengan KWSP, jadi dalam hal ini kita tak payah cakap.

“Kalau kita nak jadi terpaling ke hadapan dalam isu Palestin kita kena buat pendirian, kalau tak dan kita terima saja
kita kata ok benda ini adalah satu keperluan. Oleh yang demikian, tak perlulah kita terpaling suci dalam isu dalam Palestin,” tempelak Khairy lagi dan beliau berpendirian tindakan Perdana Menteru menepis Wan Ahmad Fayhsal itu sebagai tidak adil.

Menurut bekas Ketua Pemuda Umno itu, dalam suasana hari ini beliau merasakan tidak perlu kerajaan teruskan dengan rundingan ini.

“Saya rasa kita boleh cari orang lain selain daripada GIP ya mungkin akan ada kesan buat sementara waktu ini sebabkan orang kata ini Malaysialah disebabkan isu politik rundingan perniagaan tak boleh diteruskan.

“Apa kelebihan GIP sebenarnya? Ada yang kata GIP ini pengendali kepada lapangan-lapangan terbang yang lain, apa lapangan terbang yang dikendalikan oleh GIP?

“Adakah ada keperluan kita bawa GIP masuk disebabkan foreign expertise (kepakaran orang putih) seolah-olah kita tak boleh kendalikan dan tak boleh cari dana yang lain untuk bersama dengan ADIA, saya rasa kita boleh cari orang lain dan kita tak payah terlibat dengan dana yang tercemar dengan penglibatan bersama dengan regim Tel Aviv,” tegas beliau.

Pun begitu, Khairy yakin pada akhirnya Anwar dan kerajaan akan menerima rundingan penswastaan ini.

“Anwar mungkin hanya cakap di pentas pentas politik isu Palestin puaskan hati rakyat Malaysia.

“Rundingan ini akan diteruskan, memandangkan buat masa ini PM berada di kedudukan selesa,” jangka beliau.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang mengatakan bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus, manakala 5 peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi.

Bagaimanapun 25 lagi baki saham didakwa akan dimiliki oleh Global Infrastructure Fund iaitu syarikat milik BlackRock berpangkalan di New York, dan penyokong kuat rejim Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat