Hoki Piala Asia 2022: Malaysia belasah Oman

- Advertisement -

JAKARTA: Malaysia memulakan langkah bergaya dengan membelasah Oman 7-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan Piala Asia – Hero 2022 di sini, pagi tadi.

Malaysia yang berada di tangga ke-11 dalam senarai dunia tidak berhadapan masalah besar berhadapan Oman yang berada pada tangga ke-26 dunia.

Pasukan negara meledak emapt gol dalam separuh pertama, sebelum menambah tiga lagi pada separuh kedua.

Muhammad Razie Abdul Rahim muncul penjaring utama apabila meledak tiga gol dalam tempoh 18 minit (5, 12 dan 18). Manakala empat lagi gol disumbang oleh Faizal Saari (22), Shahril Saabah (33), Faiz Jali (39), Ashran Hamsani (47).

Malaysia akan bertemu gergasi Asia, Korea Selatan, esok (24 Mei 2022) pada jam 2 petang waktu Jakarta di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, Korea Selatan dan Oman. Manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Indonesia, Jepun dan Pakistan.

Hoki Piala Asia 2022 ini bermula hari sehingga 1 Jun 2022. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan liga satu pusingan Separuh Akhir (Super4s Pool). Seterusnya dua pasukan teratas dalam liga Super4s Pool akan bertanding di peringkat akhir.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat