Covid-19: Guna Helah Untuk Balik Kampung, Jangan Ingat Akan Selamat – Polis

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Kuala Lumpur - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan besar bakal berlaku esok. Beliau yang juga merupakan...

Kabinet Ambil Maklum Keputusan Agong Tiada Darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi. Perdana Menteri Tan Sri...

Zahid Seru PM Bincang Dengan Semua Pihak Sebelum Buat Keputusan

Kuala Lumpur - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil pengajaran atas titah Yang di-Pertuan...

Majlis Raja-Raja Mahu Mekanisme Semak, Imbang Dihormati, Elak Unsur Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan perlu dihormati dan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengimbangkan pelbagai...

Mesyuarat Khas Perdana Menteri Bersama MB dan KM Esok Batal

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dijadual berlangsung Putrajaya esok dibatalkan. Media melaporkan antara...

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ghairah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dan berjaya melepasi sekatan jalan raya (SJR) rentas negeri dengan menggunakan pelbagai helah tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis akan mengambil pendekatan tertentu bagi memastikan perkara itu tidak diambil mudah oleh orang ramai.

“Walaupun dapat melepasi sekatan jalan raya dan dapat balik kampung rentas negeri, pendekatan tertentu akan diambil polis untuk mengatasi masalah ini.

“Awas. Jangan ambil mudah kerana kami akan melaksanakan tugas walaupun terpaksa mengambil pendekatan yang mungkin tidak digemari masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan SJR di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara di sini hari ini.

Menurutnya, amaran tegas berhubung larangan rentas negeri dikeluarkan kerajaan namun terdapat segelintir individu yang masih ingkar.

“Amaran kami, tunggu tindakan polis kerana mereka juga perlu kembali ke ibu kota selepas musim perayaan ini nanti,” katanya.

Terdahulu, tinjauan di Plaza Tol Jalan Duta mendapati aliran trafik di laluan itu meningkat sekali ganda menjelang tengah hari berbanding waktu pagi.

Tinjauan yang bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari itu mendapati ramai pemandu diarah untuk berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen yang sah untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Sepanjang tempoh itu juga, terdapat seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an diarah turun daripada sebuah bas komersial untuk tindakan lanjut oleh pihak polis kerana dipercayai gagal mengemukakan dokumen rentas negeri.

Selain itu, seorang pemandu yang enggan dikenali ketika ditemui di sekatan jalan raya itu berkata dia tidak mengetahui arahan tidak boleh rentas negeri.

Dia juga diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen untuk rentas negeri.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kabinet Ambil Maklum Keputusan Agong Tiada Darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi. Perdana Menteri Tan Sri...

Majlis Raja-Raja Mahu Mekanisme Semak, Imbang Dihormati, Elak Unsur Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan perlu dihormati dan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengimbangkan pelbagai...

Laju Mat Sabu Ambil Kesempatan, Kata Najib

KUALA LUMPUR- Tidak menunggu lama, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu kerana memuat naik hantaran...