Tiga Kluster Jangkitan Covid-19 Berpunca Dari Tindakan Rentas Negeri – KKM

Muhyiddin 111 Kerusi, Pakatan Harapan 111 Kerusi?

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Redzuan Md Yusof bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh dijadul mengadakan sidang media...

PH Jadi Kerajaan Semula Belum Muktamad – Anwar

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecilkan khabar angin Tun Dr Dr Mahathir Mohamad hanya memerlukan beberapa lagi ahli...

PKPB Disambung Berita Palsu, kata Ismail

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa laporan berkenaan perlanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat(PKPB) selepas 9 Jun adalah tidak...

29 Pengunjung Kelab Malam Ingkar PKPB Didenda RM1,000 Setiap Orang

IPOH - Seramai 29 individu termasuk tiga wanita didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan...

Nasib baik ada media sosial, kuih nekbat Rakiah kekal popular ketika musim PKP

PELAKSANAAN Perintah Kawalan (PKP) oleh kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 tidak menghalang pengusaha kuih nekbat, Rakiah Yaacob, meneruskan jualan kuih tradisional masyarakat Pantai Timur...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan tiga kluster jangkitan Covid-19 di negara ini mempunyai kaitan dengan kluster rentas negeri.

KKM menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini memaklumkan tiga kluster terbabit adalah kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Bali, Pengerang dan Rembau.

“Kluster ke-14 yang diisytiharkan tamat hari ini (semalam) iaitu PUI Bali adalah contoh bagaimana perjalanan rentas negeri menyebarkan jangkitan Covid-19 tanpa disedari individu yang membawa virus itu.

“Kes bermula apabila seorang individu dari Tumpat, Kelantan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali mengadakan kontak rapat dengan abangnya di Kuantan. Abangnya dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah pernafasan dan menjangkiti pesakit lain serta petugas kesihatan.

“Seramai 43 orang dijangkiti dan menyebabkan empat kematian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dua lagi kluster berkait rentas negeri ialah kluster Pengerang dan Rembau.

“Kes kluster Pengerang, kes indeks (pesakit positif asal) yang mulanya disyaki denggi merentas negeri untuk ke Selangor dan menjangkiti individu lain dan menular melalui aktiviti kunjung-mengunjung.

“Kluster Rembau membabitkan seorang peserta perhimpunan di Masjid Seri Petaling yang hadir ke mesyuarat di sebuah sekolah di Pedas. Jangkitan kemudian menular apabila ada yang menziarahi individu dijangkiti Covid-19 itu,” katanya.

KKM berkata, atas sebab itu, kerajaan melarang perjalanan rentas negeri kecuali mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas faktor kerja dan kecemasan.

Begitu juga aktiviti ziarah di Aidilfitri kerana ada yang mungkin membawa virus dan menjangkiti sanak-saudara sekali gus mengancam nyawa terutama warga emas serta kanak-kanak.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Perak Pecat Semua Ahli Majlis Lantikan PH

Ipoh - Anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak telah diberhentikan daripada jawatan yang dipegang mereka, berkuatkuasa 30 April. Melalui sepucuk surat bertarikh 13...

Berita Berkaitan

Muhyiddin 111 Kerusi, Pakatan Harapan 111 Kerusi?

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Redzuan Md Yusof bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh dijadul mengadakan sidang media...

PH Jadi Kerajaan Semula Belum Muktamad – Anwar

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecilkan khabar angin Tun Dr Dr Mahathir Mohamad hanya memerlukan beberapa lagi ahli...

PKPB Disambung Berita Palsu, kata Ismail

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa laporan berkenaan perlanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat(PKPB) selepas 9 Jun adalah tidak...