Agong akan pilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, Baginda sendiri akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini.

Sultan Ibrahim, bertitah bahawa jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Khamis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat