Majlis sambutan perbarisan Hari TLDM ke-90 dipertimbang semula selepas nahas – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Sambutan Perbarisan Hari TLDM ke-90 akan dipertimbangkan semula sama ada diteruskan atau tidak.

Ini susulan kejadian dua helikopter TLDM yang berlanggar dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Saya percaya akan dipertimbangkan kerana ia adalah program yang disusun oleh TLDM,” katanya apabila ditanya sama ada program tersebut akan dihentikan atau tidak.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan 2024 di Dewan Seroja Kem Kementah hari ini, lapor FMT.

Tambahnya, pihaknya juga akan cuba mendapatkan laporan interim berhubung kejadian itu dengan kadar segera.

“Kita akan tengok laporan interim, kita akan cuba buat seberapa segera dan kemudian akan ada laporan penuh, tetapi semua akan ambil masa.”

Mengulas lanjut, Khaled berkata insiden merupakan nahas kali pertama melibatkan aset udara TLDM.

Khaled berkata, pihaknya akan berangkat ke Lumut untuk mendapatkan maklumat lanjut selain akan bertemu dengan keluarga anggota terlibat.

“Saya sendiri dan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan pergi ke Lumut bagi mendapatkan maklumat di lokasi kejadian.

“Ada keluarga tinggal di situ mungkin bertemu keluarga, beberapa (keluarga) mangsa yang dari pengkalan Sabah, kapal terbang TUDM akan bawa mereka ke Lumut,” katanya.

Difahamkan, 10 mangsa maut adalah anggota TLDM dari pangkalan Kota Kinabalu dan Lumut.

“Semua mangsa berlainan pangkat, membabitkan ketua skuadron, pegawai dan lain-lain pangkat berusia 40 tahun ke bawah,” katanya sambil memaklumkan jenazah telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat