Adam Lee, Sweet Qistina kahwin tahun depan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Tahun ini, warna baju raya saya dan Sweet tak sama, tapi tahun depan, Insya-Allah sama,” kata pelakon, Adam Lee yang bakal berkahwin dengan tunangnya yang juga pelakon, Sweet Qismina tahun depan.

Adam ketika ditemui berkata, mereka kini sedang mula merangka untuk majlis perkahwinan mereka.

“Ya, kami dah buat keputusan, Insya-Allah, tahun depan ia akan berlangsung, cuma tarikhnya belum diumumkan. Nak bina rumah, kena bina tapak dulu dan kemudian fasa demi fasa,” katanya.

Sementara itu, Sweet memaklumkan, mereka akan berhati-hati dalam mengadakan majlis perkahwinan walaupun negara kini sudah melangkah ke fasa endemik.

“Mungkin kami akan pecahkan kepada beberapa majlis. Walaupun kita dah menuju ke fasa endemik, SOP (prosedur operasi standard) masih perlu dijaga.

“Kami tak mahu majlis kami menjadi punca apa-apa masalah sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Saya yakin ramai yang faham sekiranya majlis kami mengehadkan jumlah tetamu dan sebagainya. Kalau buat secara langsung di YouTube atau media sosial pun, orang akan faham juga dengan situasi sekarang,” katanya.

Adam dan Sweet mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.

Terbaharu, kedua-duanya bergandingan dalam drama bersiri Cik Misi 123 arahan Feroz Kader.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat