Sultan Perak Seru Pemimpin Tunjuk Contoh Teladan Patuhi PKP

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini meminta pemimpin mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dan menjadi teladan kepada rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Perak, Kolonel (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan berkata, baginda turut menyeru mereka yang berada di peringkat kepimpinan mempamerkan sebaik contoh teladan kepada rakyat jelata dengan mematuhi sepenuhnya PKP.

Abdul Rahim berkata, Sultan Nazrin turut bertitah supaya rakyat bersedia berkorban untuk satu tempoh yang diperlukan demi kesejahteraan jangka panjang dalam menghadapi pandemik Covid-19.

“Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim peka dan memahami kesusahan serta kerumitan yang dihadapi rakyat ketika mematuhi arahan PKP, terutama bagi yang bekerja atau berniaga secara harian yang putus mata pencarian dan pendapatan disebabkan perintah tersebut,” kata Abd Rahim.

Abd Rahim berkata, bersempena Ramadan ini, Sultan Nazrin turut menasihati umat Islam memahami, menghargai dan membantu segala usaha serta penat lelah petugas barisan hadapan yang meletakkan diri dalam bahaya untuk menangani penularan serta merawat pesakit Covid-19.

“Baginda amat memahami ikatan dan sentimen umat Islam semasa Ramadan, jika menurut tradisi melakukan pelbagai aktiviti ibadah secara beramai-ramai bertujuan mengimarahkan masjid dan surau,” katanya.

Abd Rahim berkata, Sultan Nazrin bertitah supaya umat Islam kekal menjalankan pelbagai ibadah pada bulan Ramadan dengan melakukannya bersama keluarga di rumah masing-masing.

Beliau berkata Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menzahirkan rasa dukacita kerana majlis berbuka puasa untuk meraikan rakyat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang menjadi kelaziman setiap kali Ramadan tidak diadakan tahun ini sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.

Pada masa sama, katanya Sultan Nazrin, Raja Muda Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah pada tahun ini juga tidak berangkat untuk berbuka puasa serta bersolat di masjid-masjid di seluruh daerah sepanjang Ramadan.

Menurut Abd Rahim, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam dan turut mengajak rakyat berdoa semoga keadaan kembali pulih seawal mungkin bagi membolehkan kehidupan berjalan seperti biasa.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...