Wan Azizah Gesa Dibenarkan Klinik Perancang Keluarga Beroperasi Semasa PKP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengkaji semula keputusan tidak membenarkan Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perkhidmatan tersebut amat diperlukan khususnya di kalangan B40 yang tidak mampu untuk membayar kos pembiayaan di klinik swasta untuk merancang keluarga.

“Saya berpendapat perkhidmatan klinik ini amat diperlukan dan keputusan ini patut disemak semula. Kinik swasta dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

“Justeru, saya mencadangkan klinik LPPKN perlu juga dibenarkan beroperasi bagi golongan B40 yang memerlukan perkhidmatannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wan Azizah berkata demikian menyokong kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang keputusan kerajaan menutup klinik LPPKN.

Persekutuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) berkata, klinik LPPKN perlu dibuka kerana waktu PKP ini akan menyebabkan kandungan luar jangka berlaku.

Untuk rekod, klinik LPPKN menyediakan perkhidmatan perancang keluarga, kesuburan, mamogram bersubsidi dan lain-lain.

Perkhidmatannya juga merangkumi pemeriksaan kesuburan, barah, pengurusan menopaus dan ujian makmal.

Mengulas lanjut, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan itu turut mencadangkan klinik perancang keluarga beroperasi secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan menghubungi pegawai perubatan atau kaunselor yang bertugas dari rumah untuk mendapatkan nasihat.

Manakala ubatan pula boleh diserahkan kepada pelanggan melalui khidmat penghantaran.

“Selain daripada itu, satu talian “hotline” khusus yang dikendalikan oleh LPPKN boleh disediakan. Ini adalah bagi menampung panggilan kepada Talian Kasih 15999 yang didapati meningkat sepanjang tempoh PKP.

“Ini adalah penting untuk pelanggan yang tidak mempunyai telefon pintar atau komputer dengan khidmat internet,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat