PAU 2020 dapat kelulusan MKN, polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) yang bakal berlangsung 27 dan 28 Mac ini diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, PAU 2020 mencatat sejarah tersendiri memandangkan secara bersemuka di Dewan Merdeka, PWTC manakala secara maya di 190 UMNO Bahagian-bahagian.

Hari ini Ahmad mengadakan perbincangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bersama Ketua Polis Daerah berjalan amat baik berhubung PAU2020.

“PAU2020 dilaksana seperti SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah dilulus oleh MKN Wilayah Persekutuan dan IPD Dang Wangi.

“Syukur sebab kedua-dua kelulusan penting sudah diperolehi,” katanya.

Menurut beliau UMNO akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh MKN seperti mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemerikasaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.

Ujar Ahmad, pada 27 Mac ini, Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Upacara menaikkan bendera akan diadakan di Plaza Merdeka dan disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Mac.

“Ia akan dihadiri oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO,” jelas beliau.

Kata Ahmad, upacara perasmian PAU 2020 akan diadakan pada 28 Mac, Ahad jam 8.30 pagi di Dewan Merdeka, PWTC yang mana acara kemuncaknua ialah ucapan dasar Presiden UMNO.

“Perbahasan berkaitan ucapan dasar ketua-ketua sayap dan Presiden. Ucapan dasar mereka akan menyentuh antara lain berkaitan politik, ekonomi, sosial, agama dan antrabangsa dan juga isu-isu semasa lain seperti Covid-19 dan vaksin.

“Selain itu, bagi tujuan pematuhan SOP, UMNO akan menambah anggota keselamatan seperti RELA dan Skuad Sabil,” ujarnya.

Tambah Ahmad, pemerhati orang awam dan ahli UMNO yang bukan perwakilan tidak dibenarkan menghadiri PAU2020 kali ini.

“Tidak ada gerai jualan dan food trucks dibenarkan beroperasi.

“PAU2020 adalah perhimpunan penting sempena Sambutan Jubli Intan, 75 tahun UMNO bagi meningkatkan semangat perjuangan.

“UMNO akan terus prihatin rakyat, membela dan membantu rakyat, menjadi juara rakyat dan sentiasa menyuarakan suara rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat