Insiden Kren SUKE: Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti tiga identiti mangsa yang maut dalam insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pagi semalam.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, tiga pekerja projek pembinaan tersebut yang berasal dari China dikenali sebagai Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng

“Mayat Ding dan Jiang berjaya dikeluarkan pihak bomba pada 11.30 pagi (Isnin) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Kerja mengeluarkan mayat Mu yang terhimpit di antara struktur besi masih dijalankan,” beliau dipetik berkata menurut laporan Bernama lewat malam tadi.

JBPM Kuala Lumpur sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 8.45 pagi dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke tempat kejadian.

Nordin berkata, Ding dan Jiang maut selepas terjatuh dari ketinggian 36.6 meter ketika menyelenggara landasan berkenaan.

“Mangsa ketiga yang maut (Mu) terjatuh dan tersangkut di atas landasan lebuh raya sebelum tersepit di antara landasan pembinaan lebuh raya berkenaan,” katanya.

Nordin berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa ketiga yang masih berjalan sehingga kini menghadapi kesukaran disebabkan struktur binaan yang tidak stabil dan mangsa tersepit di antara rasuk binaan dan struktur kren gantriem

Sementara itu, seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Low Zy Jing, 33, yang memandu kereta Perodua Bezza dilapor cedera parah akibat dihempap struktur kren berkenaan semasa melalui kawasan tersebut.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kejadian tersebut.

“Polis telah menutup sementara laluan dan membuat lencongan di Jalan Cerdas di sini bagi mengelak kenderaan awam melalui tempat kejadian,” katanya.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...