Elak Tersungkur PRU-15: MT UMNO wajib Minta Penjelasan Zahid Runding Dengan DAP

KUALA LUMPUR- Majlis Tertinggi (MT) UMNO disarankan perlu segera meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan dakwaan DAP terhadap rundingan parti itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH).

Memetik Astro Awani, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin menegaskan, dakwaan DAP sangat serius dan boleh menjejaskan keyakinan lebih tiga juta ahli parti sendiri kepada Presiden parti.

Katanya ia boleh menyebabkan UMNO tersungkur sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kuasa tertinggi dalam hierarki UMNO iaitu MT perlu meminta Ahmad Zahid membuat penjelasan itu sebelum atau semasa Perhimpunan Agung UMNO demi kebaikan dan survival parti.

“Kita tidak mahu UMNO kalah sekali lagi dalam isu DAP dan Anwar. Apa guna kita berpolitik kalau parti yang kita bawa bertanding kalah PRU nanti. Isu macam ini yang akan menjatuhkan UMNO sekali lagi.

“Memang jelas doktrin UMNO ialah ‘No DAP’, sebab kita tidak tahu apa Perlembagaan dan polisi parti itu. Suara-suara sudah ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan dan sebagainya tentang isu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong mendakwa Anwar berunding dengan Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkenaan jemputan kepada Anwar untuk membawa PKR menyertai ‘Langkah Sheraton’.

Memetik tulisan di blognya, beliau berkata, kenyataan Nik Nazmi berkemungkinan untuk mengingatkan agar pemimpin DAP ‘bersyukur’.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, sesiapa sahaja termasuk MT UMNO dan Ahmad Zahid boleh dihukum jika terbukti menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ujarnya, ia selaras ketetapan Presiden UMNO serta MT sendiri yang tidak akan melanggar dasar parti ‘No DAP, No Anwar’.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...