1,384 Kes Baru Covid-19, Enam Kematian Dilaporkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,384 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari 23 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 335,540 kes sehingga kini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,375 adalah jangkitan tempatan manakala sembilan lagi kes import.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, 870 daripadanya adalah warganegara manakala 505 lagi bukan warganegara.

Beliau turut memaklumkan, enam lagi angka korban direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 1,244 kes.

Selain itu jumlah kes sembuh pula sebanyak 1,058 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 319,842 kes.

Kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 148 kes dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan 62 kes.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu positif COVID-19 dengan 625 kes diikuti Johor (161 kes), Sarawak (140 kes) dan Pulau Pinang (100 kes). – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,562FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat