Perkasa Bumiputera: Tiga agensi bawah Kementerian Ekonomi dijajar semula

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengumumkan penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi pagi ini.

Menurut beliau, penjajaran semula ini dilaksanakan selaras dengan matlamat Kerajaan Madani untuk memperkasa dan melonjakkan penyertaan ekonomi Bumiputera secara strategik, mampan, dan berkesan.

“Penjajaran semula strategi dan pelaksanaan bagi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju (YP) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dilaksanakan setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah dijalankan awal tahun ini.

“Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang telah menggariskan strategi untuk memperkukuh peranan agensi mandat Bumiputera dalam penyampaian agenda Bumiputera.

“Kerjasama erat antara syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) serta agensi Kerajaan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Bumiputera,” katanya ketika berucap di Majlis Menskalakan Penciptaan Nilai Bumiputera pagi ini.

Namun kata Rafizi, kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta dijangka dapat membentuk ekosistem keusahawanan Bumiputera yang lebih padu, menyeluruh, dan efisien ke arah pembangunan ekonomi Bumiputera yang lebih saksama.

“Menerusi penjajaran semula ini, YP, TERAJU dan Ekuinas akan memainkan peranan yang khusus di dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera.

“YP berfokus kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera, sementara TERAJU akan bertindak sebagai super-scaler dalam memacu pertumbuhan dan memperluaskan skala Syarikat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif di arena global.

“Manakala Ekuinas pula akan terus memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan ekonomi Bumiputera melalui pemilikan ekuiti korporat,” jelasnya.

Pada majlis itu juga turut menyaksikan beberapa pertukaran dokumen penyataan persefahaman yang telah disaksikan oleh Rafizi antaranya ialah TERAJU dan Leave a Nest bagi peluang kolaborasi dan rangkaian melalui ekosistem strategik, akses pembiayaan dan sokongan pembuatan prototaip melalui pemudahcaraan superfactory di Jepun dan peluang pelaburan untuk pengkomersialan.

“TERAJU dan Malaysian Institute of Enonomic Research (MEIR) bagi program pemudahcaraan melalui depositori Korporat Bumiputera, khidmat rundingan dan khidmat nasihat.

“Juga TERAJU dan SIRIM Berhad bagi program pemudahcaraan melalui khidmat rundingan dan khidmat nasihat yang memfokuskan produk teknologi dan perkhidmatan.

“TERAJU dan Institusi Kawangan seperti, Bank Muamalat Malaysia Berhad, RHB
Islamic Berhad, MIDF Berhad, MBSB Bank Berhad, Sabah Credit Corporate,Maybank Islamic Berhad, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee (CGC), Exim Bank, PERNAS, Development Bank of Sarawak, bagi mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM1billion untuk syarikat Bumiputera,” katanya.

Selain itu, Yayasan Peneraju turut menyerahkan surat pelantikan Majlis Penasihat dan juga surat kolaborasi untuk kategori pemimpin komuniti.

“Antara rakan kolaborasi yang telah dikenalpasti bagi kategori pemimpin komuniti termasuk Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) & Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat