Takiyuddin ‘bangga’ setahun PH ranap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hari ini 23 Februari 2021 genap setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) ranap dari tampuk pemerintahan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) ialah Datuk Takiyuddin Hassan dalam catatan di Twitternya berkata, setahun lalu yakni 23 Februari 2020 jatuhnya regim 22 bulan yang merujuk PH.

Ujarnya, regim 22 bulan itu ditafsirkan sebagai tidak cakna rakyat, memerintah dengan haloba opportunist.

“Syukur diganti kerajaan prihatin rakyat, no one will left behind,” tulis beliau.

Pada tarikh ini tahun lalu, PH tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Pusat susulan keputusan Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR keluar gagasan itu.

PH yang sebelum ini membentuk kerajaan dengan 139 kerusi menerusi komposisi empat parti komponen dengan sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta UPKO pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, kini hanya mempunyai 102 kerusi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat