AJK Khas Bebas Darurat Tuntut Sidang Parlimen Semak-Imbang Keputusan Eksekutif

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menuntut kerajaan membenarkan persidangan Parlimen diadakan dalam tempoh terdekat meskipunn darurat masih dilaksanakan.

Tiga Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) iaitu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Anthony Loke (Seremban).

Mereka bertiga menyatakan pendirian bahawa persidangan Parlimen boleh diadakan tertakluk kepada segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) seperti dilaksanakan sepanjang sesi tahun lalu.

“Persidangan Parlimen adalah sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen selain memastikan semak dan imbang terhadap segala keputusan yang dibuat oleh pihak eksekutif.

“Keputusan untuk mengembalikan sidang Parlimen juga akan memberikan keyakinan kepada dunia luar dan pelabur bahawa Malaysia tetap komited terhadap sistem demokrasi berparlimen dan prinsip kedaulatan undang-undang,” jelas kenyataan bersama itu.

Justeru, mereka berharap cadangan ini dipersetujui oleh AJK yang lain sebagai pendirian bersama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Berita Berkaitan

Sajat Cari Pasal Lagi?

KUALA LUMPUR: Ketika masih dalam buruan pihak berkuasa, video kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat, sekali lagi tular di media sosial. Tidak...

Vaksin COVID-19: Antara Fakta Dan Mitos Yang Perlu Anda Tahu…

KUALA LUMPUR: Seperti sedia maklum, Malaysia telah pun menerima dua jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech dan terbaru, Sinovac minggu lalu. Kedua-dua vaksin itu tujuannya adalah untuk...

Muhyiddin Sebagai ‘Puppet’ Tun M? Teori Ini Tidak Benar – Marzuki

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘puppet’ atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali. Setiausaha...