Polis Tahan Pemandu Myvi Langgar Van

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan lain di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang petang tadi, yang tular di media sosial.

Dalam kejadian pada 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan merempuh van mengakibatkan pemandunya cedera parah

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu van kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri dan ditahan orang awam yang kemudian diserahkan kepada polis.

“Lelaki itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) Serdang untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah.

“Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat