Buka gelanggang debat sebelum ke mahkamah, cari apa yang salah- Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun berdepan tuntutan saman daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi membuka gelanggang untuk Perdana Menteri itu untuk berdebat dengannya.

Puad menjelaskan tujuan pelawaan debat itu bukan kerana ego. Bukan untuk “cari siapa yang salah, tetapi cari apa yang salah”.

“Hari ini Peguam saya akan menjawab surat LOD (letter of demand) Peguam Muhyiddin. Alhamdulillah lega. Selesai pusingan pertama. Maklumlah memang tidak biasa main peguam kerana tidak pernah disaman. Apa lagi saman oleh individu yang bertaraf Perdana Menteri.

“Rupanya dalam bab saman tidak timbul isu “antara dua darjat”. Satu hari nanti tidak mustahil akan ada nelayan, penoreh atau pemandu grab yang akan disaman oleh Perdana Menteri.

“Kalau begitu tidak salah saya berdebat dengan Muhyiddin sebelum berjumpa di mahkamah. Orang tidak boleh kata, bukan taraf Perdana Menteri untuk berdebat dengan saya,” catat beliau di Facebooknya.

Kata Puad, kalau saman boleh, kenapa debat tidak boleh? Semoga Sinar, Astro atau RTM boleh jadi host.

Pelawaan debat Puad hadir menjelang peguamnya menjawab surat tuntutan saman RM10 juta daripada Muhyiddin dalam isu hantaran media sosial dibuat bekas ahli parlimen Batu Pahat itu
Umum maklum, Puad memang selalu bersikap kritikal dan sinis terhadap Muhyiddin termasuk semasa Perdana Menteri itu baru pulang dari lawatan rasmi di Jakarta Indonesia.

Komen itulah yang mendorong Muhyiddin menghantar surat tuntutan kepada Puad meminta dia mengemukakan permohonan maaf dan pampasan RM10 juta.  -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat