Sherry Alhadad lebih yakin dengan ‘jalan jauh’ untuk kurus

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad tidak terfikir untuk melakukan pembedahan bariatrik atau memotong usus sebagai jalan pintas untuk menurunkan berat badan, sebaliknya dia lebih percaya dengan ‘jalan jauh’ untuk kurus.

Sherry berkata, itu tidak bermakna dia mengata atau menghakimi mana-mana pihak, tetapi sekadar pendapat peribadi selain dia sendiri amalkannya.

Menurut Sherry, dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan.

“Ia bukan jalan pintas kerana saya berkongsi rutin senaman dan menu makanan di Instagram. Bukan apa, takut nanti orang kata riak pula dapat turun berat badan. Cuma saya berharap perkongsian ini dapat membakar semangat mereka yang berbadan besar untuk kekal sihat.

“Mengenai potong usus pula, saya percaya Allah SWT memberikan kita usus panjang itu bersebab, jadi buat masa ini saya menggunakan alternatif lain. Mungkin itu adalah alternatif terakhir saya kerana belum terfikir lagi.

“Saya tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama dan sebagainya, jadi saya takut untuk menggunakan kaedah pembedahan bariatrik itu. Malah, saya percaya pada proses. Dulu selepas putus cinta cepat juga saya berjaya turunkan berat badan, namun bila gembira saya makan semula,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sherry bakal tampil bersama Alif Sattar sebagai hos program Big Stage 2022 yang bermula 6 Februari ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat