Fobia Covid-19 tetap ada

- Advertisement -

Pengalaman ketika dijangkiti Covid-19 pada April tahun lalu memberi satu kejutan buat pelakon, Puteri Aishah.

Namun dia tidak boleh melayan perasaan takut untuk meneruskan kerjaya lakonan demi kelangsungan hidup.

Sehubungan itu, Puteri memberanikan diri terbabit dalam penggambaran drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim yang mula ditayangkan semalam di slot Akasia, jam 7 malam di TV3.

Puteri berkata, pada awal penggambaran drama terbitan Country Universal Sdn Bhd pada September tahun lalu itu, dia agak takut untuk kembali berlakon namun pihak pengurusan dan produksi cuba meyakinkannya.

“Sebenarnya saya masih takut nak mulakan penggambaran. Ketika pelakon lain sudah mula menjalani penggambaran, saya sedikit lewat menyertainya kerana mahu betul-betul bersedia dan yakin dengan keadaan persekitaran di lokasi.

“Saya tak mahu kena lagi (Covid-19). Namun, pihak produksi meyakinkan saya bahawa mereka mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Pada awal penggambaran, macam-macam benda saya bawa seperti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman. Malah, saya juga ambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat jurusolek di lokasi penggambaran. Saya lebih selesa menyolek sendiri kerana bawa watak gadis kampung,” katanya.

 

MULA ditayangkan semalam di slot Akasia.
MULA ditayangkan semalam di slot Akasia.

 

Menurut Puteri, melihat situasi wabak berkenaan yang semakin meningkat, dia berharap orang ramai lebih peka dan tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

“Siapa tak takut apabila kes positif Covid-19 makin meningkat. Apabila memikirkan saya perlu ke lokasi penggambaran setiap hari, saya jadi bertambah fobia. Bagaimanapun, pihak produksi sudah memaklumkan mereka akan menjauhi kawasan berisiko. Saya pun tak nak penggambaran ini berlangsung separuh jalan saja.

 

BERSAMA kru dan pelakon ketika menjalani penggambaran di Bukit Fraser.
BERSAMA kru dan pelakon ketika menjalani penggambaran di Bukit Fraser.

 

“Bagi saya, kalau tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah saja. Saya pun kalau cuti memang tak keluar rumah. Apapun ikut SOP ditetapkan. Siapa yang kena kuarantin tolong lakukan dan jangan langgar peraturan,” katanya.

Puteri disahkan positif virus itu selepas pulang dari menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 7 April tahun lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat