Layla asah sebutan mandarin

NAMA penyanyi remaja berusia 19 tahun ini mula mencuri perhatian selepas menyertai pertandingan I Can See Your Voice.

Lagu nyanyiannya, You’re The Only One in My Heart dendangan asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang memperkenalkan lagi nama Layla Sania dalam industri muzik tanah air.

Menyedari bakat yang ada terutama menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, Layla bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia melancarkan single dalam bahasa itu berjudul By Your Side.

Itu juga adalah single ketiga Layla selepas dua single bahasa Melayu iaitu Lakaran pada tahun lalu dan sebelumnya, Que Sera Sera (2019).

Layla atau nama sebenarnya Layla Sania Khairuzikri berkata, antara lain kenapa dia melancarkan single dalam bahasa Mandarin adalah untuk mengumpul peminat tersendiri.

“Saya berhasrat untuk menambat hati bukan saja dalam kalangan masyarakat Melayu. Itu sebab saya melancarkan single ini. Sejujurnya saya amat teruja dan pada masa sama saya terharu kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat menerusi lagu ini,” katanya.

Lagu By Your Side dihasilkan oleh Joshua Goh dan Rolan Lim manakala disusun oleh Danning Z.

“Single ini memberi semangat kepada pendengar untuk terus mencapai impian dan tetap mengharungi hidup bersama yang tersayang. Lagu ini juga bakal membuatkan pendengar berasa tenang dan dekat di hati apabila mendengarnya,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai single itu, Layla berkata, dia berdepan cabaran ketika merakamkan lagu itu terutama dari segi sebutan.

 

SINGLE pertama dalam bahasa Mandarin.
SINGLE pertama dalam bahasa Mandarin.

 

“Untuk menyebut setiap ayat dan perkataan dengan betul adalah perkara yang paling sukar bagi saya. Bercakap dan menyanyi dalam bahasa Mandarin adalah dua perkara berbeza. Saya amat lancar untuk bercakap Mandarin, tapi apabila menyanyi, saya perlu pastikan sebutannya betul.

“Disebabkan itu banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan mengasah sebutan Mandarin menerusi lagu ini. Saya amat bersyukur kerana ramai orang yang membantu saya dalam menjayakan lagu ini,” katanya.

Menariknya, muzik video rasmi lagu itu menampilkan penyanyi, Uriah See dan itu juga kali pertama mereka bekerjasama.

“Bukan saja kali pertama bekerjasama, tapi kali pertama berjumpa dengannya. Dia seorang yang peramah. Saya amat berbesar hati dengan pembabitan Uriah dalam muzik video ini,” katanya.

Lagu By Your Side diterbit dan diedarkan Warner Music Malaysia dan boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music bermula semalam.

Harian Metro

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Lega orang ramai boleh kembali ke panggung wayang

Kuala Lumpur: Berita kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang melegakan pengusaha susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)...

Jadilah penyampai radio bertanggungjawab

Kuala Lumpur: Penyampai radio dan penyanyi, Haiza Hanafi mengingatkan penyampai radio lain termasuk dirinya supaya sentiasa menjaga reputasi dan nama baik majikan dengan tidak...

Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021

Kami pasti bahawa anda semua semestinya teruja di saat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan semalam bahawa pawagam akan dibuka semula pada 5 Mac ini....