YBR Sumbang 500 Unit Power Bank Kepada Mangsa Banjir Di Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) prihatin dan bertindak dengan menyalurkan bantuan segera sebanyak 500 unit power bank kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada 17 November yang lalu.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, bantuan segera power bank yang disumbangkan ini kepada mereka yang telah dikenalpasti terkesan daripada musibah ini adalah bagi memudahkan mangsa untuk berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa dalam meminta bantuan.

Sementara itu, Megat Zulkarnain juga berkata, bantuan ini dilihat sebagai satu inisiatif kemasyarakatan dalam memberi respon dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang memerlukan bantuan segera

“Pihak kami bersimpati dengan mereka yang terkesan terutamanya di Selangor yang dikatakan kali terakhir berlaku banjir besar pada tahun 1971 yang melibatkan negeri Selangor.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa terutamanya dalam aspek komunikasi semasa bencana.”

Sumbangan power bank berjenama Pineng diterima oleh Tuan Chew Tham Soon, Timbalan Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor serta Tuan Mohd Izhan Ismail, Ajutan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat