Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami – Panglima ATM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keselamatan rakyat terutama mangsa banjir sebagai keutamaan, bagi memastikan sebarang usaha melibatkan pengurusan bencana banjir ini dapat dikoordinasikan secara tersusun dan berkesan.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ini bukan masa untuk mana-mana pihak meletakkan kesalahan, sehingga boleh mengganggu dan menjejaskan usaha menyelamat serta memindahkan mereka yang terkesan akibat bencana ini.

Beliau berkata apa yang penting adalah kerjasama erat antara satu sama lain dengan meletakkan kepentingan keselamatan mangsa sebagai keutamaan yang perlu didahulukan.

“Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah berdasarkan konsep ‘Whole Of Government Approach’ bagi memastikan setiap agensi terlibat yang dikoordinasikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat digembleng secara bersama dan berkesan.

“Sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir ini adalah tugas bersama setiap agensi bagi mencari jalan penyelesaian dalam menambah baik operasi yang dilaksanakan dan di masa-masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Affendi menegaskan bahawa ATM sentiasa komited melaksanakan tugas sekundernya terutama membantu pihak berkuasa yang dikoordinasikan NADMA, dalam menyelamatkan mangsa yang terkesan akibat bencana banjir terutama usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.

“Pada masa sama, mangsa-mangsa banjir yang terlibat juga diharapkan dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan demi kelancaran operasi yang dilaksanakan serta kesejahteraan dan keselamatan semua,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat