Wan Rosdy Lancar Tabung Bencana Banjir Pahang 2021

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melancar Tabung ‘PAHANG4BANJIR’ bagi membantu rakyatnya yang terkesan akibat banjir.

Menurut Wan Rosdy, tabung itu ditubuhkan ekoran bencana banjir yang berlaku telah mencatatkan 10,000 mangsa yang telah telah terkesan dan semakin meningkat.

“Ekoran bencana banjir Disember 2021 ini, Negeri Pahang mencatatkan lebih 10,000 mangsa telah terkesan dan angka ini makin meningkat.

“Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Tabung ‘PAHANG4BANJIR’ bagi membantu rakyatnya yang terkesan.

“Tabung ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang sekalian.
#Pahang4Banjir.” katanya melalui catatan Facebooknya.

Terdahulu, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang terus mencatat peningkatan pada Selasa.

Di Pahang, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 42,272 mangsa banjir ditempatkan di 280 PPS malam ini, berbanding 41,455 orang yang berada di 278 PPS.

Antara daerah di Pahang yang dilanda banjir ialah Bera, Maran, Kuantan, Pekan, Bentong, Raub, Lipis, Jerantut dan Temerloh.

Dalam pada itu, laluan di dua lebuh raya utama Pahang yang dinaiki air iaitu di Bentong ke Karak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lanchang ke Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) masih tidak boleh dilalui kenderaan di kedua-dua hala, menurut kenyataan Lebuhraya Pantai Timur – SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat