Selepas ‘payung’ PM lawat 3 benua, apa habuan syarikat swasta itu dapat? – Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu tatakelola dan integriti Perdana Menteri dan Kerajaan Madani dipersoalkan susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kos perjalanan dan lawatan rasmi terbarunya ke tiga benua membabitkan lima negara ditanggung 70-80 peratus oleh syarikat-syarikat swasta.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, pengumuman cara baru kerajaan hendak jimat perbelanjaan itu mencetus persoalan berbangkit iaitu, “apa yang syarikat-syarikat ini akan perolehi?”

“Perdana Menteri telah maklum kos perjalanan dan lawatan rasmi terbarunya ke tiga benua melibatkan lima negara ditanggung 70-80 peratus oleh syarikat-syarikat swasta. Kata Perdana Menteri ini cara baru kerajaan hendak jimat perbelanjaan.

“Persoalan yang timbul dan wajar ditanya oleh rakyat adalah : Apa yang syarikat-syarikat ini akan perolehi? There is no such thing as a free lunch!

“Kalau syarikat-syarikat ini mengguna pakai wang tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk membelanja Perdana Menteri dan delegasinya, bukankah wang itu lebih baik digunakan untuk program-program kemasyarakatan dan kebajikan?

“(Persoalan lain) siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat swasta ini? Adakah pemilik-pemilik syarikat ini juga pemilik syarikat-syarikat swasta yang telah, akan, sedang dan mungkin sedang dalam proses membida kerja-kerja atau projek dengan kerajaan?

“Bagaimana pula dengan kos sebenar perbelanjaan ini? Adakah ia sekadar tiket penerbangan sahaja? Atau adakah ia termasuk hotel, penginapan, makan minum dan kos-kos lain? Adakah belanja ini hanya kepada Perdana Menteri atau jemaah rombongannya? Bagaimana pula dengan pegawai-pegawai awam, staf-staf pejabat Perdana Menteri, petugas-petugas keselamatan dan protokol? soal Rafique yang juga pengamal undang-undang.

Beliau malah membangkitkan ketetapan kerajaan pada Disember 2022, yakni perbendaharaan sendiri menyatakan tiada lagi pembiayaan
oleh syarikat swasta bagi lawatan ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan.

Tapi kini kata Rafique, Perdana Menteri sendiri nampaknya langgar pekeliling itu.

“Beliau (Anwar) sendiri menyatakan syarikat-syarikat swasta yang terlibat diundang tampung kos perbelanjaan perniagaan di negara-negara yang dilawat.

“Persoalan penting juga adalah mengapakan bagi Perdana Menteri ini boleh dilakukan tetapi bagi orang-orang kerajaan ianya ditegah dan dihalang?

“Pekeliling kerajaan jelas bukan? Hadiah termasuklah tambang percuma dan kemudahan perjalanan. Mengapa “hadiah” (baca kemungkinan rasuah) ini tidak boleh kita kaitkan dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini? (Jadi) Perdana Menteri dan kerajaan perlu isytihar kesemua kos, perbelanjaan dan butiran-butiran yang ditanggung oleh setiap syarikat itu.

“Kesemua syarikat-syarikat swasta ini dan ahli lembaga pengarah dan/atau pemegang sahamnya pula mesti dimaklumkan. Kita mahu lihat adakah syarikat-syarikat ini dan/atau mana-mana pengarah atau pemegang sahamnya di anugerah projek-projek oleh Madani.

“Sebaik sahaja senarai dan butiran ini dikeluarkan (ingat janji Perdana Menteri di Dewan Rakyat kata hendak bekalkan), pihak SPRM mesti mula siasat. Adakah sebarang isu tatakelola dan integriti dilanggar? Kalau dibiar begitu sahaja tanpa apa-apa persoalan dari rakyat, negara akan ditimpa masalah.

“Kroni Madani. Kronisme era baru di Malaysia,” dakwa Rafique lagi.

Semalam di Dewan Rakyat, Anwar memberitahu implikasi kos perjalanan lawatan rasmi Perdana Menteri dan delegasi merentas tiga benua yang membabitkan lima negara destinasi dibiaya 70 hingga 80 peratus oleh syarikat swasta yang turut menyertai urusan itu.

Perdana Menteri malah mengakui kos perjalanan itu sangat tinggi namun kerajaan mengubah cara dengan mengundang syarikat-syarikat berkaitan untuk membayar tambang dan kos.

“Kos yang baru ini kita buat cara lain, sebab saya lihat kos perjalanan agak tinggi. Jadi kali ini dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kita undang syarikat-syarikat yang terlibat.

“Macam Petronas, Sapura Energy, Yinson , Proton dan juga banyak syarikat semikonduktor, mereka datang ikut dalam rombongan dan mereka bayar tambang dan kos.

“Maknanya sekitar 70-80 peratus kos penerbangan itu ditampung oleh syarikat-syarikat yang ada kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara-negara (dilawati) kerana kerajaan bantu syarikat-syarikat ini sama ada import atau eksport,” ujar Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat