Selepas 5 jam menunggu, kelibat Mr H masih tak muncul di Balai Polis

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Lebih 20 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar pulang hampa apabila kelibat Mr H yang dinantikan sejak pukul 5 petang tadi tidak muncul di Balai Polis Presint 11, di sini.

Mr H sepatutnya dijangka hadir memberi keterangan di balai polis itu kira-kira pukul 5.30 petang seperti dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam ‘disidai’, pengamal media sepakat beredar dari balai polis kira-kira pukul 9 malam tadi.

Difahamkan, sesi rekod keterangan itu ditangguhkan hari ini, namun tidak dinyatakan sesi itu dibuat di tempat lain atau tarikh lain.

Sementara itu, sumber yang dihubungi memaklumkan, sesi itu akan dilakukan esok di lokasi lain yang belum ditentukan.

Kemungkinan sesi itu ditangguhkan susulan kehadiran pengamal media yang ramai bagi membuat liputan berhubung kes itu.

Terdahulu, pengamal media mula berkampung di Balai Polis Presint 11 sejak pukul 5 petang tadi bagi menantikan kelibat Mr H.

Media sebelum ini melaporkan, Mr H adalah individu yang dikaitkan dengan isu video berbual lucah yang dikaitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Difahamkan, ‘Mr H’ dijangka direkodkan keterangan oleh pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, hari ini.

Setakat ini, tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Abdul Wahab mendakwa diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Katanya, dia merakam perbualan video berkenaan, namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial itu.

Manakala, Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan J-KOM, Muhamad Hakim Ramlee atau dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee menegaskan beliau bukan Mr H seperti yang didakwa. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat