PM dan Menteri Kewangan individu sama punca ekonomi belum pulih – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membangkitkan persoalan jika kerajaan bersetuju mengasingkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melantik seseorang yang lain sebagai menteri sepenuh masa dalam Kementerian Kewangan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin [PN-Pagoh] bertanya soalan itu kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerana berdasarkan pemerhatian dalam kalangan rakyat dan pakar-pakar ekonomi, mereka belum yakin tentang proses pemulihan ekonomi negara walaupun sudah setahun Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

“Nampaknya rakyat dan penganalisis ekonomi belum yakin tentang proses pemulihan ekonomi negara setakat ini malah ada yang katakan (kerajaan) gagal.

“Salah satu sebabnya ialah jawatan Menteri Kewangan disandang oleh Perdana Menteri yang juga pernah disuarakan untuk diasingkan.

“Jadi, setuju atau tidak supaya Perdana Menteri melantik seorang menteri kewangan sepenuhnya, mungkin Yang Berhormat?,” soal bekas Perdana Menteri itu pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu, lapor Utusan.

Muhyiddin terdahulu meminta kerajaan menyatakan perincian mengenai pengasingan kuasa Kementerian Kewangan sama ada perbelanjaan pembangunan (DE) di bawah Menteri Ekonomi dan perbelanjaan mengurus (OE) di bawah Kementerian Kewangan.

Menjawab soalan tambahan itu, Rafizi berkata soalan Muhyiddin langsung tidak berkaitan dengan soalan asal yang menyentuh berkenaan bidang kuasa DE dan OE manakala soalan keduanya berbaur politik.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan saranan untuk jawatan Menteri Kewangan diasingkan dari Perdana Menteri, kerana masalah yang ditinggalkan Kabinet terdahulu adalah masalah berstruktur termasuk penglibatan aktiviti ekonomi bernilai tinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat