Pas Keluarga Malaysia Galakkan Rakyat Bersiar-siar Naik Tren -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan ‘Pas Keluarga Malaysia 2021’ melalui Kumpulan Prasarana membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga
cuma RM15.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya
membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL
sepanjang hari.

” Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

” Saya percaya kemudahan pengangkutan awam yang efisiyen dan ketersambungan adalah penting bagi mobilisasi Keluarga Malaysia,” katanya ketika melakukan tinjauan mesra di LRT pada Isnin.

Menurut Ismail Sabri lagi, sejak bermulanya pandemik COVID-19, beliau sedia maklum bahawa Prasarana telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu para usahawan kecil untuk meningkatkan hasil jualan peniagaan mereka.

” Bertemakan Rapid KL Supports #KeluargaMalaysia, Kumpulan Prasarana menerusi Divisyen Komunikasi Strategik dan Pemasaran menggunakan platform-platform media sosial kendaliannya, untuk mempromosikan produk peniaga-peniaga berasaskan makanan di sepanjang laluan pengangkutan kendalian Rapid KL termasuk di hab-hab bas.

” Di bawah kempen itu, Prasarana bukan sahaja membeli produk dan mencipta kandungan media sosial agar liputan percuma dan promosi secara agresif dapat diberikan kepada peniaga-peniaga, malah mereka turut dibimbing dan diberi bantuan kepakaran.

” Ia merangkumi aspek pemasaran, promosi dan dan penjualan atas talian supaya perniagaan boleh berkembang dengan baik dan menularkan produk mereka sekali gus meningkatkan hasil jualan.

” Terima kasih saya ucapkan kepada Prasarana atas tanggungjawab sosial korporat yang telah diberikan bagi membantu para peniaga menjana semula ekonomi mereka yang terkesan akibat pandemik,” katanya.

Perdana Menteri juga sukacita mengumumkan bahawa Prasarana, menerusi anak syarikatnya syarikatnya Prasarana Integrated Development Sdn Bhd atau PRIDE akan menawarkan “Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana” mulai bulan Mac 2022.

Ujarnya, menerusi pakej ini, sejumlah dua puluh lot perniagaan, bersaiz antara 80 hingga ke 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot.

” Ia melibatkan stesen Laluan Kelana Jaya iaitu stesen Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.

” Pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan. Perincian dan permohonan untuk “Pakej Transit” akan diwar-warkan oleh PRIDE dalam masa terdekat.

” Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan pengusaha industri kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada
seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri menambah, kerajaan memberi jaminan untuk terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang terbaik serta menjaga kebajikan rakyat.

” Konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Kerajaan hari ini akan terus dijadikan teras dalam pentadbiran pasukan saya.

” Kepada Prasarana, teruskan usaha bagi memastikan institusi keluarga di Malaysia terus terpelihara dan
sejahtera,” katanya.

Kredit foto: Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat