Muhyiddin sepatutnya Google dulu, IPR itu dah guna untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat – Rafizi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengguna pakai “IPR” yang telah diguna untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat.

Rafizi menempelak Muhyiddin kerana tidak melakukan semakan terlebih dahulu sebelum melancarkan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

“Macam-macam versi IPR sekarang. Tak gimik lah macam ni, tapi pening juga tengok gabungan dalam gabungan.

“Tan Sri Muhyiddin lancar Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), sama pula singkatan dengan Inisiatif Pendapatan Rakyat yang dulu mereka perli. Macam tak semak dulu, Google pun tak buka.

“Sekarang siap ada gabungan atas gabungan. Entah siapa ketuai siapa pun dah susah nak bezakan,” selar ahli Parlimen Pandan itu.

Timbalan Presiden PKR itu menasihatkan Muhyiddin agar memperbaiki gabungan sedia ada.

“Baik betulkan rumah lama dulu sebelum nak tambah bumbung baru.

Kementerian Ekonomi sebelum ini telah menggerakkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha utama kerajaan dalam memastikan golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kos sara hidup mendapat peluang meningkatkan pendapatan secara mampan.

Program ini diperkenalkan untuk menggalakkan rakyat berdikari melalui bantuan modal, latihan, serta peluang ekonomi yang lebih terjamin.

Manakala baru-baru ini, gabungan parti-parti politik di luar blok kerajaan yang terdiri daripada 11 parti bersepakat membentuk Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) dengan tema perjuangan “Selamatkan Malaysia”.

Menurut kenyataan IPR, gabungan 11 parti luar blok kerajaan itu berperanan membincangkan mengenai pelbagai isu negara yang gagal ditangani Kerajaan Madani.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat