PH sentiasa tunggu UMNO tak lagi dalam saf penyatuan ummah – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa nampaknya tidak bersetuju dengan agenda bersifat memecah belah solidariti Melayu, Islam dan Bumiputera kerana ia seolah-olah cubaan memperkasa semula Pakatan Harapan (PH).

Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, PH amat berharap dan menantikan saat UMNO tidak lagi dalam saf penyatuan ummah.

“Sebarang agenda bersifat memecahbelah solidariti kelompok teras iaitu Melayu, Islam dan Bumiputera adalah ramuan tepat dan merupakan percubaan memperkasa semula PH.

“PH amat berharap dan menanti nantikan saat UMNO tidak lagi dalam saf penyatuan ummah,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Ujar beliau, muafakat Melayu yang dibentuk selama ini setakat ini sentiasa merencatkan perancangan PH.

“Setakat ini muafakat Melayu bersama rakan rakan lain yang sederhana dan setiakawan BN PN telah berkali kali menggagalkan perancangan cikgu dan maulana PH,” bidasnya.

Annuar berkata demikian apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuktamadkan tiada kerjasama dengan parti Bersatu dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan akan berlangsung pada 20 November depan.

Memetik laporan Utusan, katanya, keputusan itu adalah muktamad seperti mana telah dibuat oleh semua perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat