PH Lupa Campur Tangan Mereka Dalam Kes Mahkamah?

- Advertisement -

Serangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, untuk tidak mendakwa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib COVID-19 sangat melucukan.

Idrus Harun, seorang bekas hakim yang diakui wibawanya dalam bidang perundangan, telah membuat keputusan sedemikian kerana tiada arahan bertulis dari penguatkuasa supaya Menteri terbabit dikuarantin 14 hari.

Khairuddin telah pun diuji negatif Covid-19 ketika menjalankan tugas. Selain itu, Khairuddin telah pun dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1000.00 atas pelanggaran tersebut,

Jelas keputusan ini telah mengambil kira keadilan dan juga kekuatan kes untuk pendakwaan.

Mungkin sebahagian rakyat sudah lupa bagaimana PH telah melantik, Thommy Thomas, yang dilihat mempunyai kecenderungan politik DAP sebagai Peguam Negara.

Di bawah pentadbiran PH dan Thommy Thomas, Pejabat Peguam Negara tanpa segan silu dan alasan yang munasabah telah menarik semula pendakwaan ke atas Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah berjuta ringgit.

Malahan berbelas kes membabitkan kepentingan politik PH telah ditarik balik, digugurkan dan diklasifikasi sebagai tiada pendakwaan sepanjang 22 bulan pentadbiran lalu.

Justeru ketika kita mahu PH menjadi pembangkang yang pro-aktif, isu-isu yang hendak dibangkitkan haruslah lebih relevan kepada kehidupan rakyat dan kepentingan negara berbanding serangan peribadi secara tidak munasabah.

Khairuddin telah mengakui kekhilafan beliau, telah membayar kompaun dan juga Pejabat Peguam Negara tidak boleh mendakwa beliau kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa beliau melanggar arahan kuarantin 14 hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat