Lim Kit Siang Kecewa Dengan Pendirian Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang memberi bayangan beliau kecewa dengan pengumuman gencatan politik oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Menerusi kenyataan media terbarunya, Kit Siang hairan dengan perubahan Presiden UMNO dalam tempoh sepanjang 30 hari ini.

Ahli Parlimen Iskadar Puteri itu berkata, dalam tempoh 30 hari, Zahid ‘berubah’ dengan pelbagai kenyataan bertentangan khususnya berkaitan sokongan.

“Beliau semalam menegaskan semula sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

“Bandingkan kenyataan Zahid pada 23 September yang mengatakan ramai ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan mereka kepada Presiden PKR.

“Mengapakah Zahid telah tunduk sepenuhnya sebegitu pantas sekali, hanya selepas 30 hari Game of Thrones Malaysia?,” katanya.

Kit Siang mendakwa, mungkin bukan satu kebetulan yang kenyataan Zahid ini dikeluarkan hampir pada masa yang sama dengan mengumumkan keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Pejabat Pendakwa Raya mengenai kes pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 oleh menteri dari PAS.

“Mungkin pimpinan UMNO mendapati yang mereka tidak akan mendapat sokongan daripada PAS dalam Game of Thrones ini.

“Jika perkara ini berlaku, mereka tidak boleh menjangka sokongan PAS mahupun blok Parlimen UMNO untuk bersatu teguh menyokong apa-apa sahaja keputusan Zahid dan Najib Razak secara membuta tuli,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat