UMNO Sentiasa Utamakan Rakyat- Zahida Zarik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan, berkata keputusan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melakukan gencatan politik adalah satu keputusan yang sangat baik disaat negara sedang berhadapan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Menurutnyanya lagi, usaha memulihkan permasalahan rakyat dan menghentikan rantaian virus ini menjadi keutamaan sekarang.

“UMNO sentiasa mengutamakan rakyat,

“Semoga negara kembali pulih seperti sebelumnya,” tulis beliau didalam facebooknya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyeru semua pihak melakukan gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan diutamakan.

Dalam kenyataan media petang semalam, UMNO turut mengumumkan komitmen semua anggota kabinetnya untuk membantu rakyat mengikut kemampuan dan potfolio masing-masing.-SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat