Loke Berundur, Guan Eng: Pulau Pinang Kehilangan Menteri Yang Bawa Projek Pengangkutan RM21 Bilion

GEORGE TOWN: Peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada Pulau Pinang, khususnya selepas pelbagai projek pengangkutan bernilai lebih RM21 bilion mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Loke dalam kapasiti sebagai Menteri Pengangkutan bertanggungjawab mendapatkan kelulusan kerajaan bagi projek-projek berkenaan.

Menurutnya, antara projek terbabit ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM16.8 bilion, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM1.55 bilion serta projek berkaitan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) bernilai RM30 juta.

Turut disenaraikan ialah projek pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang bernilai RM2.2 bilion dan RM500 juta bagi Swettenham Pier.

Guan Eng berkata, jumlah keseluruhan projek berkenaan menunjukkan skala pembangunan sektor pengangkutan yang telah dirancang dan diluluskan untuk Pulau Pinang ketika Loke menerajui Kementerian Pengangkutan.

Dalam pada itu, beliau berkata peletakan jawatan Loke dibuat sebagai tanda pendirian DAP berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loke sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan DAP berhubung isu pengampunan diraja terhadap Najib.

Menurut Guan Eng, keputusan tersebut turut mencerminkan pendirian parti yang konsisten berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk ketika DAP berada dalam pembangkang dan selepas membentuk kerajaan.

Beliau turut menyifatkan Loke sebagai antara Menteri Pengangkutan yang telah memberikan sumbangan besar kepada Pulau Pinang menerusi projek-projek infrastruktur dan pengangkutan.

Guan Eng berkata, rakyat Pulau Pinang pastinya menghargai sumbangan Loke sepanjang beliau memegang jawatan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat