Pahang Sukar Ke Fasa 3 PPN Kerana Penggunaan Katil ICU Masih Tinggi – MB

- Advertisement -

KUANTAN: Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) yang tinggi menghalang Pahang beralih dari Fasa Dua ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata beliau sudah memaklumkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung peralihan fasa berkenaan kerana Pahang sudah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan kecuali kadar penggunaan katil ICU.

“Saya katakan mereka yang kena jangkitan COVID-19 berada dalam ICU memerlukan jangka masa lama untuk pulih iaitu kira-kira dua minggu.

“Pada masa sama mereka yang di luar mahu meneruskan kehidupan. Dari segi kadar vaksinasi, kita sudah memenuhi kriteria dan kadar kebolehjangkitan pula bawah pada 1.0.

“Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap memberi pertimbangan khas untuk membolehkan Pahang beralih ke Fasa Tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, di sini pada Selasa.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishakdan; Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus dan Pengarah Pendidikan Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Mengulas jumlah pemberian vaksin di Pahang, Wan Rosdy berkata, setakat ini, 985,011 orang atau 83.8 peratus sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 713,000 individu atau 61 peratus sudah lengkap dos kedua.

-BERITA HARIAN

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat