Kedah Tidak Keluar Lesen Pembalakan Sejak Peralihan Kerajaan

- Advertisement -

ALOR SETAR – Pejabat Menteri Besar Kedah menjelaskan tiada pengeluaran lesen pembalakan sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan negeri terdahulu pada Mei lepas.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, satu hantaran di Facebook milik Sabrina Syed berkaitan imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning di Padang Terap sejak semalam didakwa bertujuan memberi imej buruk kepada pentadbiran pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor

“Dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning tersebar menerusi pelbagai platform internet, seolah-olah kerajaan negeri hari ini yang membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu.

“Apa yang sebenarnya, sejak mengambil alih kepimpinan bermula 17 Mei, kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan.

“Pembalakan di kawasan yang dikatakan berhampiran Empangan Ahning, mengikut rekod Jabatan Perhutanan diberi lesen membalak pada 2019 (oleh kerajaan PH), untuk tempoh berkuat kuasa antara 25 Februari hingga 25 Ogos lalu yang merupakan lesen yang disambung semula oleh Jabatan Perhutanan disebabkan kerja ‘pengusahahasilan’ yang belum selesai,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Jabatan Perhutanan mengeluarkan lesen membalak untuk dikeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik kepada syarikat Tradewinds.

“Keputusan untuk memberi hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi pada 1 Ogos 2017,” jelasnya.

Sementara itu, Facebook Sabrina Syed viral sejak semalam dengan hantaran, “Dalam sekelip mata kemusnahan hutan bersebelahan dengan Tasik Ahning, Kedah. Dari Julai hingga Ogos 2020. 75 hektar.”

Hantaran turut memaparkan dua imej satelit didakwa kesan pembalakan di Empangan Ahning. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat