Puluhan Pokok Tumbang, Ribut Landa Bangi, Dengkil dan Jenderam

Pub, Pusat Hiburan Masih Dalam Senarai Larangan Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan yang didapati mengambil kesempatan menyalah guna lesen operasi sebagai kebenaran...

‘Instafamous’ Jual Minyak Wangi Palsu, Raih Untung RM10,000 Sebulan

KAJANG - Kaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan hasil jualan minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa tiruan. Bagaimanapun, kegiatan seorang wanita yang juga 'Instafamous' itu...

Mujahid Persoal Cadangan Genjatan Politik, Dakwa Ada Niat Buruk

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengambil sikap berhati-hati dengan cadangan supaya ahli politik melakukan...

PKPB: Pekerja Swasta, Awam Di Kawasan PKPB Kerja Dari Rumah Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk bekerja dari rumah (Work From Home)...

Ahli Parlimen DAP Menyesal Kerjasama dan Percaya Mahathir

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohammad yang disifatkannya sebagai individu bertanggungjawab mencetuskan...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat disertai angin kencang lebih satu jam mengakibatkan puluhan pokok tumbang menghempap beberapa kereta serta bumbung rumah di sekitar kawasan Bangi, Dengkil dan Jenderam, Selangor.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam bermula kira-kira jam 4 petang tadi.

“Sebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, BBP Bangi, BBP KLIA, BBP Kajang dan BBP Serdang dikejarkan ke lokasi.

“Antara lokasi yang dilanda bencana adalah Jalan P10 Kawasan Perusahaan Bangi, Kampung Desa Putra Dengkil, Sungai Merab dan Jenderam Hilir,” katanya tadi.

Beliau berkata, ada di antara pokok tumbang itu terkena pada bumbung rumah serta kereta yang diletakkan di kawasan perumahan.

“Kami juga ada menerima laporan beberapa kenderaan serta bumbung rumah rosak akibat dihempap pokok tumbang.

“Kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok tumbang di lokasi-lokasi berkenaan giat dijalankan sebaik kami tiba di lokasi. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Difahamkan hujan lebat serta angin kencang yang melanda di kawasan sekitar Lembah Klang bermula kira-kira jam 3 petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan turut mengalami banjir kilat termasuk di Serdang. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan