Tuduh Akmal ‘Ketua Pemuda H20’ hanya imaginasi Lokman” – Puad

KUALA LUMPUR – Tuduhan liar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Lokman Noor Adam kononnya Datuk Dr Akmal Saleh sebagai Ketua Pemuda Datuk Seri Hisahmmuddin Hussein (H20) hanyalah imaginasi.

Menurut Datuk Puad Zarkashi dakwaan yang dilemparkan Lokman itu mengarut dan tidak berasas.

“Pada saya dakwaan itu mengarut dan tidak berasas. Saya yakin ia tidak berlaku. Kalau betul, Lokman kena buktikan dan buat aduan kepada parti.

“Bagi saya dakwaan Lokman itu buang masa. Banyak lagi pendirian parti adalah jelas. Kalau Hishammuddin mahu kembali balik ke pangkuan Umno maka dia kena merayu.

“Masalahnya Hishammuddin sudah buat kenyataan beliau tidak akan merayu.

“Maka kenapa Akmal perlu buang masa untuk bawa Hishammuddin menyertai Umno? Sebab itu pada saya tuduhan Lokman hanya imaginasi,” kata Ahli MKT itu kepada SuaraTV pada Jumaat.

Hari ini Pemuda Umno Kapar menghantar surat rasmi kepada Lembaga Disiplin Umno bagi mendesak tindakan diambil terhadap Lokman Noor Adam atas dakwaan melanggar disiplin dan etika parti.

Dalam surat bertarikh 22 Ogos 2025 dihantar kepada Setiausaha Agung Umno, Pemuda Kapar mendakwa Lokman membuat tuduhan liar terhadap Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh, termasuk menuduhnya membawa agenda untuk menaikkan Hishammuddin Hussein (H2O) sebagai perdana menteri.

“Dalam video yang tular, beliau secara terbuka menggelar YB Akmal sebagai ‘Ketua Pemuda H2O’ dan menuduh beliau mempunyai agenda tersembunyi menaikkan H2O sebagai PM,” kata Ketua Pemuda Umno Kapar, Mohd Affifi Mohd Aris di Facebook.

Dalam video tular berdurasi 1.18 minit menerusi wawancara bersama platform NRChannel TV, Lokman mendakwa selain menjadi ‘orang’ H2O, Akmal dikatakan menjadi ejen pemecah hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Sebab itu dia (Akmal) tak pernah berhenti menghentam kerajaan dan sebagainya kerana itulah matlamat H2O. H2O memang nak bawa Umno ini kepada Perikatan Nasional (PN) dan dia membantu menjayakan agenda H2O,” dakwa Lokman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat