Rasa tertipu dengan pemengaruh Tiktok, rupanya Restoran Kyomo di Hartamas tidak memiliki Sijil Halal JAKIM

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa Restoran Kyomo, sebuah restoran daging wagyu yang beroperasi di Desa Seri Hartamas, bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dalam satu jawapan rasmi kepada aduan yang dikemukakan oleh seorang pelanggan, Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad, berhubung status halal premis berkenaan.

Mohd Faisal dalam aduannya memaklumkan bahawa beliau telah mengunjungi restoran tersebut pada 16 Ogos lalu bersama keluarga, namun timbul keraguan selepas mendapati restoran itu turut menjual arak dan daging yang status penyembelihannya tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, meskipun staf restoran mendakwa premis itu mempunyai status halal, semakan lanjut beliau di Portal Halal Rasmi JAKIM tidak menemukan nama restoran berkenaan dalam senarai sah.

“Saya bimbang umat Islam terpedaya dengan promosi di media sosial oleh beberapa pempengaruh yang mendakwa restoran itu halal. Jika restoran menjual arak, adakah ia masih boleh diberi sijil halal?” soalnya dalam laporan itu.

JAKIM dalam maklum balas ringkas menegaskan restoran tersebut tidak memiliki pengesahan halal Malaysia, sekali gus menafikan dakwaan bahawa ia diiktiraf halal oleh pihak berkuasa agama.

Sehubungan itu, JAKIM mengingatkan umat Islam agar sentiasa membuat semakan di portal rasmi halal.gov.my sebelum mengunjungi mana-mana restoran atau premis makanan yang mendakwa mempunyai status halal.

Jabatan itu turut menegaskan komitmennya di bawah slogan “Yakini Halal Malaysia” dalam memastikan hanya premis yang mematuhi sepenuhnya standard halal dan bebas dari sebarang keraguan diberikan sijil pengesahan halal.

Sementara itu Mohd Faisal apabila dihubungi memberitahu SuaraTV beliau terpengaruh dengan beberapa akaun pemengaruh TikTok yang sebelum ini mendakwa ia restoran makanan Jepun yang halal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat